Berita Hari Ini

Perhimpunan: PDRM Tubuh Pasukan Khas Siasat Tohmahan Kekasaran Polis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan siasatan khas untuk meneliti kesemua tohmahan mengenai kekasaran polis pada perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan dan disokong pembangkang di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pasukan khas itu bertanggungjawab mengumpul semua maklumat dan keterangan untuk membantu siasatan berkaitan tohmahan terhadap pihak polis.

“Walaupun pihak media adalah bebas untuk melaporkan perkara-perkara berkaitan demonstrasi dan tohmahan terhadap polis, ianya hendaklah dilakukan secara berhemah, adil dan saksama,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Khamis.

Ismail berkata pihak polis amat menghargai laporan yang berbentuk fakta dan kritikan yang membina.

Katanya laporan yang tidak bertanggungjawab hanya boleh mebangkitkan sentimen negatif pada kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");