Perak Hari Ini
Like

PTPTN model pinjaman terbaik: Khaled Nordin

May 31, 2012
120 Views
0 Comments
1 minute read
PTPTN model pinjaman terbaik: Khaled Nordin

Pinjaman yang ditawarkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN) adalah model terbaik dan termurah yang pernah diwujudkan oleh kerajaan, demikian menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, hampir 70 peratus komponen pinjaman yang dikeluarkan oleh PTPTN merupakan bayaran untuk kos sara hidup pelajar manakala 30 peratus digunakan untuk pembayaran yuran pengajian.

“There is no where in the world (tiada satu tempat di dunia ini) kerajaan membiayai pinjaman untuk menampung kos sara hidup pelajar,” katanya.

Namun, di atas keprihatinan dan tanggungjawab sebagai kerajaan, Mohamed Khaled berkata, pembiayaan untuk kos sara hidup diberi kepada pelajar di negara ini melalui pinjaman PTPTN.

Jelasnya, jika mana-mana pihak mahu pemansuhan PTPTN dilakukan, mereka harus menyediakan alternatif baru yang boleh menggantikan model pinjaman tersebut.

“Apakah ada model atau alternatif yang boleh digantikan dengan pinjaman PTPTN yang sudah sedia baiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas melancarkan Program Re-Skilling and Up-Skilling Politeknik bertempat di Politeknik Ungku Omar, dekat Ipoh, hari ini.

Ketika mengulas laporan perbincangan Jawatan Kuasa Pilihan Parlimen (PSC) berhubung isu kilang Lynas, Mohamed Khaled, berkata jawatankuasa tersebut akan mengadakan mesyuarat minggu depan sebelum laporan diserahkan pada 19 Jun ini.

Jelasnya, isu Lynas di Pahang melibatkan perkara teknikal dan saintifik yang memerlukan perbincangan yang teliti.

” Ini bukan soal persepi atau mencari hujah untuk debat politik,” katanya.

Jelasnya, penyelesaian isu tersebut melibatkan kajian daripada jabatan ilmu yang memerlukan jangka masa tertentu sebelum sebarang keputusan muktamad dicapai.

Komen & Pendapat

Leave a Reply