Berita Hari Ini

Pusat Beli Belah Rugi 30 Hingga 50 Peratus Akibat Perhimpunan – Ng Yen Yen

Perhimpunan anjuran pertubuhan bukan kerajaan dan disokong pembangkang Sabtu lepas mengakibatkan pusat membeli-belah ternama di sekitar ibu kota mengalami kerugian.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata rata-rata premis berkenaan mengalami kerugian antara 30 peratus hingga 50 peratus daripada keuntungan yang biasa diperoleh pada hujung minggu.

“(Keuntungan) Sungei Wang Plaza jatuh 30 peratus berbanding minggu-minggu biasa; Sogo, Low Yat, Starhill dan Lot 10 rugi 50 peratus manakala Pasar Seni di tutup sepanjang hari.

“Petaling Street pula lebih 80 peratus kedai ditutup manakala Suria KLCC lambat buka dan kebanyakan kedai di dalamnya ditutup,” katanya pada sidang akhbar Anugerah dan Persidangan Blogger Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITBCA 2012).

MITBCA 2012 anjuran Kementerian Pelancongan dengan kerjasama ‘Malaysia Social Media Chambers’ yang pertama kali diadakan itu akan berlangsung di Hotel Seri Pasific pada 8 dan 9 Mei ini.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");