Perak Hari Ini

Rakyat Terharu: Masih ada pemimpin prihatin

Sikap keprihatinan pimpinan Barisan Nasional (BN) jelas menunjukkan slogan Rakyat Didahulukan dengan mengambil tahu kesusahan rakyat selain menghulurkan bantuan segera kepada masyarakat yang ditimpa musibah mahupun bencana.

Lebih terharu ianya bukti kerajaan Perak di bawah pentadbiran BN tidak pernah memilih kasih dalam soal membantu rakyatnya biarpun banyak halangan dan tohmahan dilemparkan ke atas pemimpin.

Hari ini, pemimpin tertinggi negeri iaitu Menteri Besar Perak sendiri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah melapangkan masanya semata-mata untuk menziarahi rakyat yang ditimpa penyakit kronik.

Salah seorang daripada rakyat yang dilawati Zambry adalah remaja yang mengidap penyakit spastik sejak berumur sebulan akibat diserang demam panas.

Siti Hishafarina Hashim, 13 tahun, sebelum ini mengimpikan hasrat untuk bertemu pemimpin berwibawa itu dan lawatan Zambry ke rumahnya dianggap sebagai satu rahmat besar kepadanya.

Ibu kepada remaja tersebut, Zainon Ismail, 46 tahun yang kelihatan sebak dengan kedatangan Menteri Besar itu turut menyatakan perasaan terharunya susulan pemimpin tertinggi Perak itu menunjukkan sikap keprihatinan terhadap anaknya yang sakit.

“Dia (Hishafarina) sudah lama sakit dan tidak dapat berkomunikasi dengan baik namun saya boleh lihat di raut wajahnya bahawa dia gembira dengan lawatan Zambry.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri dan juga Menteri Besar kerana sudi menjenguk keadaan anak kami yang sakit ini… ia sedikit sebanyak dapat memberi sinar baru kepada Hishafarina.

“Bukan senang seorang pemimpin boleh datang secara mengejut ke rumah rakyat seperti kami apatah lagi tujuannya untuk melihat sendiri keadaan anak saya,”katanya.

Dalam pada itu, bagi Manaf Hashim, 55 tahun, kedatangan Menteri Besar ke rumahnya membuktikan bahawa segala dakwaan pembangkang yang menyatakan pemimpin BN tidak menjaga kebajikan rakyat adalah salah dan tidak tepat sama sekali.

Malah katanya, dalam kesibukan Zambry selaku Menteri Besar, pemimpin itu masih sempat melapangkan masa untuk menziarahi rakyat yang ditimpa penyakit kronik.

“Sememangnya saya berasa terharu dengan kedatangan Zambry ke rumah saya.

“Dalam keadaan saya yang lumpuh bahagian kiri badan, kedatangan pemimpin tertinggi Perak menunjukkan masih ada orang yang prihatin dan ambil kisah tentang keadaan saya.

“Malah, Zambry bukanlah datang dengan tangan kosong… saya turut menerima bantuan berupa barangan dapur dan wang belanja bagi menampung kesusahan keluarga saya,” katanya.

Siri ziarah Menteri Besar kali ini ternyata membuktikan keikhlasan BN yang benar-benar parti berjiwa rakyat.

Malah, lawatan itu juga membuktikan bahawa pemimpin BN bukan sahaja Zambry malah secara keseluruhannya sejak dulu lagi sentiasa membela nasib rakyat yang mengalami kesusahan.

Namun, apa yang berlaku sekarang terdapat segelintir masyarakat yang telah dibutakan hati dan akal fikirannya oleh Pakatan Rakyat melalui fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap pemimpin BN.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");