Perak Hari Ini

Rosmah terima Anugerah Doktor Kehormat UPSI

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menerima Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Awal Kanak-Kanak daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.

Rosmah menerima penghormatan tersebut dalam Istiadat Majlis Konvokesyen ke-14 sesi khas sempena penganugerahan yang disampaikan oleh Raja Puan Besar Perak juga yang Canselor UPSI, Tuanku Zara Salim Davidson.

Turut meraikan detik bersejarah itu adalah suaminya yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam ucapannya, beliau mendedikasikan penghormatan berkenaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penggubalan dan perlaksanaan program PERMATA.

“Saya juga ingin mendedikasikan Ijazah ini kepada suami dan anak-anak selain rakan seperjuangan yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan supaya saya terus menjayakan program PERMATA,” katanya.

Rosmah menerima penghormatan Ijazah Kedoktoran tersebut sebagai mengiktiraf jasa beliau sebagai penaung Program PERMATA.

Menerusi usaha yang dilakukannya, pembangunan dan pergerakan kepada pembangunan pendidikan awal kanak-kanak dan penjagaan yang memberi tumpuan kepada kanak-kanak di bawah 4 tahun telah berjaya dilaksanakan di seluruh negara.

Pendekatan tersebut sehingga kini, menjadi pemangkin kepada kurikulum pendidikan awal kanak-kanak yang mana sukatan PERMATA melibatkan pakar-pakar UPSI dan beberapa institusi pengajian tinggi lain.

Setakat ini, lebih 600 Pusat PERMATA Negara telah ditubuhkan di seluruh negara.

Hadir sama dalam majlis istiadat tersebut, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isterinya, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");