Perak Hari Ini

Sambutan Hari Belia peringkat negeri 11-13 Mei di UPSI

Bagi menghargai peranan dan sumbangan golongan belia, kerajaan negeri akan menganjurkan sambutan Hari Belia peringkat negeri Perak pada 11 hingga 13 Mei di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),  Tanjung Malim.

Exco Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, berkata sambutan tersebut sangat penting kerana golongan belia berperanan besar dalam menentukan hala tuju dan masa depan negara.

“Sambutah Hari Belia diperkenalkan untuk menghargai peranan dan sumbangan golongan belia,” jelasnya.

Katanya, dengan adanya sambutan tersebut,  ia sekaligus membuktikan bahawa kerajaan mengiktiraf golongan belia sebagai aset negara yang tidak ternilai.

“Mereka adalah penentu kepada kekuatan pembangunan sosial, politik dan ekonomi negara di masa hadapan,” ujarnya.

Jelasnya, sambutan tersebut akan dipenuhi dengan pelbagai program yang bermanfaat kepada golongan belia yang dianjurkan dengan kerjasama antara beberapa agensi kerajaan, swasta serta badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena sambutan Hari Belia Negara 2012 di perkarangan RTM Ipoh, sebentar tadi.

Dengan tema “Belia Pemangkin Transformasi Negara,” sambutan Hari Belia peringkat negeri katanya, mensasarkan kehadiran lebih  20,000 pengunjung.

“Jika tahun lepas sambutan dihadiri 10,000 pengunjung tetapi kita jangka jumlahnya akan bertambah ramai kerana pada tahun ini ia berlangsung dalam tempoh dua hari,” katanya lagi.

Majlis perasmian katanya, akan disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir pada 12 Mei, jam 3  petang.

Antara aktiviti menarik yang bakal berlangsung ialah persembahan kebudayaan, senamrobik perdana dan konvoi motosikal 1Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");