Perak Hari Ini
Like

Sayuti ungguli Kejohanan Muay Thai Perak Challenge 3

May 6, 2012
666 Views
0 Comments
1 minute read
Sayuti ungguli Kejohanan Muay Thai Perak Challenge 3

Kemuncak perlawanan dalam Kejohanan Muay Thai Perak Challenge 3 menyaksikan pertarungan hebat antara dua jaguh muaythai tempatan bagi merebut gelaran juara Terbuka Perak.

Perlawanan antara Mohd Sayuti dan Chee Jian Kai atau lebih dikenali dengan gelaran ‘The Garuda’ memperlihatkan aksi sengit yang dipamerkan antara kedua-dua jaguh yang bernaung di bawah Akademi Muay Thai Perak.

Chee Jian Kai bagaimanapun terpaksa akur dengan resam pertandingan apabila terpaksa menghentikan pertandingan akibat kecederaan di bahagian mata, sekaligus memberi laluan kepada Sayuti untuk memenangi gelaran Juara Terbuka Perak.

Pertandingan yang bermula seawal jam 8.30 malam dianjurkan oleh Persatuan Muaythai Amatur Perak (PMAP) bagi mempromosikan sukan muaythai ke peringkat yang lebih tinggi.

Kejohanan itu berlangsung di Akademi Muaythai, Jalan Watson dan disaksikan lebih 200 peminat sukan itu yang semakin tempat di kalangan rakyat tempatan.

Komen & Pendapat

Leave a Reply