Perak Hari Ini

Soal kemenangan calon diutamakan: DS Zambry

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan bahawa parti itu akan memberi tumpuan kepada soal mencapai kemenangan menjelang pilihanraya umum akan datang.

Zambry yang juga Menteri Besar Perak memberitahu, walaupun terdapat khabar angin berkaitan perletakan kerusi di kalangan calon Pakatan Rakyat Perak, ia tidak akan menjejaskan segala strategi yang telah dirancang.

Bagaimanapun katanya, BN Perak sentiasa menggunakan pendekatan perbincangan bagi membolehkan calon terbaik dipilih bagi mewakili parti itu.

“Apa pun keputusan kita ambil, ia adalah berdasarkan persefahaman ahli parti terutamanya berkaitan pengagihan kerusi di kawasan-kawasan tertentu.

“Kita tidak mahu ia menjadi isu besar di kalangan ahli dan atas sebab itu beberapa siri perbincangan akan dilakukan sebelum sebarang keputusan diambil.

“Setakat ini, ahli BN sama ada di kalangan UMNO, MIC, MCA dan kompenen yang lain faham dengan situasi perletakan jawatan calon PR di kawasan-kawasan tertentu,” katanya.

Katanya lagi, sebarang keputusan yang diumumkan nanti sudah tentu tidak akan mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan ahli.

“Kita tidak mahu menjadi seperti Pakatan Rakyat yang sentiasa menghebahkan apa sahaja yang dilakukan sampaikan perebutan dari segi perletakan kerusi pun dapat dihidu oleh rakyat dan pihak lawan.

“Sebab itu sampai sekarang kita tahu mereka masih lagi bertelagah tentang calon parti mana yang hendak diletakkan dan di kawasan mana… semuanya berebut dan mementingkan diri sendiri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Persidangan Tahunan UMNO cawangan Pulau Pangkor pagi tadi.

Dalam persidangan tersebut, hampir 500 ahli Umno hadir terdiri daripada kalangan ketua-ketua bahagian selain ahli Wanita, Puteri dan Pemuda.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");