Berita Hari Ini

Tiga Individu Perhimpunan Sabtu Lepas Ditangkap

Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung insiden merusuh yang berlaku semasa perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara Sabtu lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata mereka dikesan dan ditahan Jumaat hasil penyiaran gambar 49 individu termasuk seorang wanita yang terlibat dalam insiden buruk pada perhimpunan itu.

Katanya seorang yang ditahan itu adalah individu yang menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang anggota polis trafik pada hari tersebut.

“Selain itu, pihak polis telah mengenal pasti beberapa suspek yang terlibat dan kini polis sedang menjejaki mereka untuk membuat tangkapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohmad berkata orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat ASP Azmi Aziz di di talian 019-2602344 dan 019-3872344 atau e-mel [email protected].

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");