Perak Hari Ini

Bersih 3.0: Tindakan wanita Cina biadap kepada pengamal media memalukan

Tindakan biadap penyokong BERSIH 3.0 berbangsa Cina yang menghina pihak media antarabangsa ketika perhimpunan diadakan 28 April lalu, menunjukkan ada segelintir masyarakat kaum itu bersikap di luar batasan nilai murni.

Tindakan itu ternyata telah menambahkan lagi kekeruhan antara kaum, malah seolah-olah membuktikan pengikut Pakatan Rakyat sememangnya mengamalkan sikap rasis dan tidak mempunyai adab serta nilai hormat-menghormati.

Jika dilihat dari paparan video yang tersebar, wanita berbangsa Cina terbabit dengan angkuh mengatakan jurufoto terbabit sebagai ‘Anjing Barisan Nasional’ dan menghalaunya keluar dari Malaysia sedangkan wanita itu sendiri tidak mengamalkan nilai-nilai ketimuran.

Peraktoday.com hari ini, mendapatkan respon Timbalan Parti Gerakan, Datuk Chang Ko Youn sebagai mewakili masyarakat Cina dan beliau sendiri meluahkan rasa malu dengan kebiadapan wanita Cina terbabit.

Ketika ditanya, ternyata Ko Youn menyelar tindakan beberapa ahli politik yang menggunakan perhimpunan Bersih 3.0 sebagai medan untuk mereka menumbangkan kerajaan sedia ada.

Jelasnya, tindakan pemimpin parti pembangkang itu begitu kotor kerana sanggup mengadaikan keharmonian serta kestabilan negara demi  mencapai matlamat mereka menawan Putrajaya.

Beliau berkata, pembangkang sengaja menghasut golongan muda dan belia supaya mereka terus melakukan provokasi sehingga menyebabkan keadaan bertukar menjadi huru-hara.

“Apabila orang muda ini dihasut mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuklah melemparkan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya dikeluarkan.

“Secara peribadinya saya tidak menyalahkan golongan muda ini kerana mereka dipengaruhi sentimen yang tinggi… dalam hal ini ahli politik seharusnya dipersalahkan,” katanya.

Menurutnya, sudah jelas pihak yang terlibat menganjurkan perhimpunan di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu itu mempunyai agenda politik yang tersendiri bukan hanya membantah beberapa perkara mengenai pilihan raya.

“Mereka tahu apabila pihak polis mengambil tindakan keatas peserta perhimpunan, mereka akan jadikannya sebagai isu untuk membangkitkan kemarahan orang ramai,” jelasnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu peserta perhimpunan Bersih 3.0 yang bertindak agresif ketika berhimpun.

Dalam perkembangan tersebut, Ko Youn turut mengecam tindakan pemimpin politik Bersih 3.0 yang sengaja cari pasal di saat-saat akhir di mana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bakal diadakan.

“Kalau mereka kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak adil mengapa mereka tidak membangkitkan isu tersebut setelah menang lima negeri pada tahun 2008,” katanya.

Ko Youn berkata, hakitkatnya parti pembangkang sudah mula berasa goyah apabila konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri pada 2010 mendapat sokongan padu daripada masyarakat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");