Isu Panas

Zuraida kecewa jawapan Khalid

PETALING JAYA – Jawapan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sekadar berkata ‘tiada komen’ berhubung isu imej lucah yang didakwa mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengundang rasa kecewa dalam kalangan pemimpin PKR.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau agak kecewa dengan jawapan itu kerana ia menggambarkan seolah-olah pemimpin berkenaan lepas tangan.

“Saya menganggap kenyataan ‘no comment’ apabila ditanya pemberita berhubung isu ini agak mengecewakan kami kerana memberi ruang kepada tafsiran negatif masyarakat terhadap Azmin. Malah, kita khuatir beliau akan berkecil hati.

“Sebagai seorang pemimpin dan Menteri Besar yang dilantik parti, Tan Sri Khalid tidak boleh memberi jawapan seolah-olah mahu lepas tangan. Perlu lebih berhati-hati dan duduk di dalam satu saf,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, semalam.

Bagaimanapun, katanya, beliau yakin, Abdul Khalid tidak memiliki maklumat mencukupi bagi menjawab pertanyaan itu.

“Saya percaya dan yakin, mungkin jawapan itu dipengaruhi keadaan beliau yang tidak mempunyai maklumat tepat mengenai isu dan tumpuannya tidak terarah terhadap isu skandal seks sedemikian,” katanya.

Abdul Khalid memberi jawapan tersebut selepas mesyuarat mingguan Exco di Bangunan SUK, Rabu lalu ketika ditanya pemberita berkenaan dakwaan imej lucah seiras Azmin bersama seorang wanita yang tersebar luas di laman blog.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");