Membawang Hari Ini

Kematian Adik Angkat, Uji Rashid Trauma Nyanyi Lagu

PENYANYI dan pelakon era 70-an, Uji Rashid berkata dia trauma menyanyikan lagu Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu kerana terkenangkan peristiwa berdarah kematian adik angkatnya akibat kemalangan jalan raya pada era itu.
Justeru menurut Uji atau nama sebenarnya Fuziah Harun Al Rashid, dia tidak pernah menyampaikan lagu berkenaan dalam sebarang pertunjukan pentas sejak ia dirakamkan pada 1977 kerana tidak mahu mengingati detik tersebut.

“Sehingga hari ini, saya masih berduka dengan tragedi adik angkat saya yang terkorban dalam kemalangan jalan raya selepas pulang daripada rumah saya.

“Dia sangat meminati saya dan sanggup melakukan apa saja sehingga saya sudah anggap dia seperti adik sendiri,” katanya kepada mStar Online.

Uji berkata, dia menghasilkan lirik lagu ciptaan komposer veteran Datuk Ahmad Nawab itu sebagai penghormatan kepada Allahyarham yang enggan didedahkan namanya itu.

“Lagu itu dihasilkan sebagai penghormatan kepadanya dan saya masih tidak berupaya untuk menyampaikan lagu itu sehingga kini walaupun lagu itu sudah berusia lebih 36 tahun.

“Setiap kali dengar lagu itu, saya akan menangis terkenangkan Allahyarham yang pernah baik dengan saya. Walaupun ramai yang meminta saya dendangkan lagu itu, saya tidak mahu berbuat demikian. Biarlah keindahan lagu itu diabadikan saja sebagai kenangan,” katanya.

Terbaru, Uji yang berpengalaman selama 37 tahun dalam bidang seni terlibat sebagai penyanyi undangan pada konsert Datuk D.J Dave iaitu Journey Through Song – Ingin Bersua D.J Dave, 1 hingga 3 Jun ini.

“Saya menerima pelawaan Dave kerana kami adalah kenalan lama. Malah, saya juga sudah lama tidak berduet dengannya pada persembahan pentas.

“Kami berduet dalam lagu Rintihan Rasa yang pernah kami rakamkan lebih 37 tahun lalu dan sebuah lagu solo Ku Ingin Selalu Di Sampingmu,” katanya yang turut aktif mengajar teater.

– mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");