Sukan Hari Ini

Euro 2012: Defoe kembali sertai England

PENYERANG Tottenham, Jermain Defoe  bakal kembali menyertai skuad England hari ini selepas terpaksa pulang ke London berikutan kematian bapanya.

Dalam satu kenyataan dibawa BBC, Defoe berkata, beliau akan kembali sebelum pemilihan skuad itu untuk perlawanan pembukaan Kumpulan D menentang Perancis di Stadium Donetsk, Isnin ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat, kawan-kawan, keluarga dan rakan-rakan sepasukan, pihak FA di atas sokongan yang diberikan mereka.

“Saya terlalu menghargai dan tidak dapat katakan betapa bermaknanya sokongan mereka kepada saya. Saya sayangkan mereka,” kata Defoe.

Defoe telah membuat sebanyak 47 penampilan sejak minggu lalu, sebagai pemain simpanan sebanyak 30 kali dan telah menjaringkan 15 gol untuk negaranya.

Pada perlawanan Euro 2012, England bakal bertemu Perancis 12 Jun sebelum menentang Sweden 16 Jun  dan Ukraine 20 Jun.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");