Sukan Hari Ini

Hoki: New Zealand Layak Ke Final Selepas Tumpas Malaysia 4-1

IPOH, 31 Mei (Bernama) — New Zealand menjadi pasukan pertama layak ke final apabila menumpaskan Malaysia 4-1 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 di sini malam Khamis.

Kemenangan mudah itu membolehkan New Zealand mengukuhkan kedudukan tangga teratas dengan 12 mata dan akan melengkapkan perlawanan format ’round-robin’ dengan menentang Korea Selatan, Sabtu ini.

Malaysia dengan lima mata selepas lima perlawanan menduduki tangga keenam daripada tujuh pasukan bertanding dan akan mengakhiri saingan dengan menentang Argentina pada Sabtu ini.

Pada perlawanan hari ini, New Zealand menampilkan corak permainan mantap dengan mendahului 3-0 pada separuh masa, hasil jaringan Ryan Archibald pada minit kelima, Shea Mcaleese (minit ke-16) dan Nick Wilson pada minit ke-32.

Malaysia menggandakan asakan sebaik bermula babak kedua dan usaha itu membuahkan hasil apabila Hafifi Hafiz Hanafi menewaskan penjaga gol New Zealand, Kyle Pontifex pada minit ke-41.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");