Isu Panas

Isu fatwa undi Pas masuk syurga kelirukan rakyat

KOTA BHARU- Percanggahan pendapat di antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung fatwa mengundi Pas masuk syurga membuatkan masyarakat Islam semakin keliru.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kedua-dua pemimpin berkenaan mempunyai pendirian dan tidak mahu mengalah yang akhirnya menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

“Bukan dalam soal fatwa mengundi Pas diberi jaminan masuk syurga, mereka juga berbeza pendapat mengenai isu Perdana Menteri mesti Melayu. Hadi menegaskan Perdana Menteri mesti disandang oleh orang Melayu sedangkan Nik Abdul Aziz tidak kisah siapa yang
memegang jawatan tersebut asalkan individu berkenaan beragama Islam.

“Selain itu, berkaitan isu muzakarah dengan Umno pula, pada awalnya Nik Abdul Aziz mahu bermuzakarah tetapi Hadi pula menentang yang akhirnya Nik Aziz terpaksa menarik balik pendiriannya itu semula demi kepentingan politik,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abdul Hadi yang mengakui bahawa Pas tidak boleh menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dalam pilihan raya.

“Ia sekali gus jelas menunjukkan percanggahan Hadi dengan Nik Abdul Aziz yang sebelum ini mempertahankan pendirian untuk meneruskan kempen menegakkan Islam dengan menekan soal syurga apabila seseorang itu menyokong Pas,” kata Ibrahim.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");