Sukan Hari Ini

Kejutan Denmark

PEMAIN Denmark, Michael Krohn-Dehli menjaringkan gol kemenangan ketika bertemu Belanda dalam perlawanan Kumpulan B, awal pagi tadi.

Oranje gagal gegar gawang, terperangkap serangan balas

CORAK ‘Total Football’, barisan berstatus bintang dan penguasaan penuh bukan jaminan kemenangan apabila Belanda bermula dengan langkah kiri selepas dikejutkan Denmark 1-0 dalam perlawanan pertama Kumpulan B di Stadium Metalist, di Kharkiv, awal pagi tadi.

Kekalahan dalam kumpulan maut yang turut membabitkan Jerman dan Portugal itu, sekali gus menyempitkan laluan skuad Oranje bimbingan Bert van Marwijk untuk mara ke pusingan suku akhir.

Namun Belanda harus menyalahkan diri sendiri kerana banyak mensia-siakan gerakan jaringan manakala pujian harus menjadi milik Denmark yang menggunakan sepenuhnya gerakan serangan balas pantas sebelum Michael Krohn-Dehli meledak bola leret yang melepasi celah kaki penjaga gol, Maarten Stekelenburg pada minit ke-24.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");