Sukan Hari Ini

Nusa Mahsuri Mahu Terus Perkasakan Sukan Badminton

Kelab Badminton Nusa Mahsuri mahu memastikan negara berupaya melahirkan jaguh sukan badminton bertaraf dunia menerusi usaha mengesan bakat sejak awal di seluruh negara.

Penasihat kelab Jalani Sidek berkata untuk itu, kelab tersebut sedang bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi penganjuran kem bakat badminton bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Pemain berbakat perlu didedahkan seawal mungkin bagi memastikan mereka terus menyerlah, kata bekas pemain beregu kebangsaan itu kepada pemberita selepas berakhirnya Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri, di sini hari ini.

Katanya menerusi kem tiga hari mereka mengenal pasti tujuh pemain berbakat yang harus diketengah.

“Mereka seharusnya dibawa ke Kuala Lumpur atau didedahkan dengan kejohanan-kejohanan yang berupaya membentuk mereka menjadi pemain yang hebat,” katanya menambah Nusa Mahsuri akan mengemukakan laporan kepada KBS mengenai pencapaian kem tersebut.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");