Perak Hari Ini

Rakyat Pasir Panjang tidak kenal siapa Nizar

Sejak memenangi kerusi DUN Pasir Panjang pada pilihanraya empat tahun yang lalu, sehingga kini Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak pernah terlihat batang hidungnya turun padang dan melawat penduduk di kawasan tersebut.

Ia dibuktikan sendiri oleh penduduk di kawasan Kampung Serdang, dekat Sitiawan, rata-ratanya mengakui Nizar tidak pernah muncul apatah lagi duduk berbincang bertanya masalah kepada penduduk yang telah memilih beliau menjadi wakil rakyat pada pilihanraya lalu.

Lebih parah buat Nizar sendiri apabila terdapat seorang penduduk di kawasan tersebut yang langsung tidak mengenali individu bernama Nizar Jamaluddin.

Menurut Maimunah Latif, sejak beliau celik mata sehingga kini usianya menjangkau  80 tahun, beliau tidak pernah mendengar nama bekas Menteri Besar tersebut walaupun sudah diberi ‘clue’ ketika diterangkan pemberita mengenai Nizar.

“Makcik tidak pernah kenal orang yang bernama Nizar kerana makcik tak pernah berjumpa dengan dia (Nizar) selama makcik tinggal di kawasan ini sekian lamanya,” katanya.

Jelasnya, hanya individu yang bernama Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dikenalinya kerana sering dilihat di surat khabar dan terkenal dengan sikap pemimpin yang mesra rakyat.

“Makcik berasa gembira kerana selalu makcik nampak dia (Dr Zambry) dalam suratkhabar tetapi hari ini makcik berpeluang untuk melihat beliau dengan lebih dekat,” jelasnya dalam nada yang gembira.

Sementara itu, bagi Sayed Abdul Rani Sayed Alang Sareh, 71, sejak mendiami kawasan tersebut di sekitar tahun 70-an, beliau sama sekali tidak pernah diberitahu mengenai kehadiran Nizar melawat kampung tersebut.

“Saya tidak berjumpa dengan dia (Nizar) dan tidak diberitahu jika beliau pernah datang ke sini,” katanya.

Katanya, terlalu banyak permohonan bantuan penduduk tidak diendahkan malah pihak pembangkang hanya pandai menabur janji kosong,” katanya.

“Apabila masalah penduduk tidak dihiraukan pihak pembangkang sewaktu memerintah Perak selama 11 bulan,  penduduk hanya berserah kepada takdir begitu sahaja,” ujarnya.

Menurut beliau, kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh Dr. Zambry kini adalah lebih baik kerana ianya mengutamakan kebajikan rakyat  melalui bantuan yang diberikan.

“Kerajaan kini tidak seperti pembangkang yang hanya mengembar-gemburkan berita bahawa mereka telah mendekati rakyat,” jelasnya.

Melihatnya situasi yang berlaku memperlihatkan bahawa Nizar seolah-olah sedang menggorek lubang kubur karier politiknya sendiri apabila melihatkan prestasinya yang begitu teruk di kawasan sendiri sehingga tidak dikenali oleh penduduk kawasannya.

Ditambah dengan kes kontroversinya baru-baru ini, ternyata Nizar sudah seharusnya bersiap-sedia mengucapkan selamat tinggal kepada masa depan politiknya yang bakal berkubur tidak lama lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");