Perak Hari Ini

Sibuk dengan isu plat WWW 1, Nizar terlupa buat kerja

Dek kerana terlalu sibuk mempertahankan diri dari pihak polis berhubung kenyataan pedasnya di laman twitter menyindir Sultan Johor berkenaan plat WWW 1, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terus leka dan mengabaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan Pasir Panjang.

Hari ini, sekali lagi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir terpaksa turun padang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi di kawasan yang semakin dipinggir serta di anak-tirikan oleh Nizar.

“Saya kena turun padang melawat masyarakat di sekitar Pasir Panjang meninjau masalah dihadapi kerana wakil rakyatnya sibuk bercakap dan berceramah.

“Dia sibuk mengambil tahu hal orang lain termasuk hal di negeri Johor jadi saya terpaksa balik untuk melihat keadaan masyarakat di sini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kampung Serdang, dekat Sitiawan, hari ini.

Beliau berkata, program lawatan tersebut bertujuan membantu masyarakat khususnya golongan kurang upaya, warga emas serta keadaan rumah penduduk yang sudah usang.

Dalam sesi lawatan tersebut, Dr. Zambry melawat ke rumah milik Minah Bibi Kamarindam, 42, yang tinggal berseorangan di rumah pusaka milik ayahnya.

Beliau yang masih belum mendirikan rumah tangga berasa sungguh terharu dengan kehadiran pemimpin yang begitu disenangi rakyat itu.

“Saya berasa cukup terharu kerana pada hari ini MB sempat meluangkan masa melawat keadaan saya dan menyampaikan sedikit sumbangan serta bantuan makanan,” katanya dalam nada yang sebak.

Katanya, sebelum ini beliau mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan melakukan kerja-kerja kampung untuk menyara kehidupan.

Bagi Nurlian Mohda Yatim,59, tiada apa yang boleh digambarkan olehnya selain kegembiraan menerima kunjungan daripada pemimpin tertinggi negeri.

Meskipun berada dalam keadaan yang kurang sihat kerana baru mendapat rawatan kimoterapi berikutan penyakit barah payudara yang dihidapinya, Nurlian masih mampu melayan tetamu yang dianggap paling istimewa pernah berkunjung ke rumahnya.

Apabila ditanya mengenai kos rawatan yang terpaksa ditanggung olehnya, beliau berkata Ahli Parlimen kawasan tersebut, Datuk Seri Kong Cho Ha yang banyak memberi sumbangan untuk meringankan beban.

“YB Kong Cho Ha banyak membantu saya dan penduduk yang mempunyai masalah di kawasan ini,” jelasnya.

Sementara itu, bagi Bibi Khatijah Mohd Yusof, 63, berkata beliau begitu kesal kerana sebelum ini wakil rakyat di kawasan tersebut tidak pernah tunjuk muka apatah lagi menghulurkan bantuan.

“Saya pernah cuba mendapatkan bantuan daripada pihak tersebut namun tidak mendapat apa –apa bantuan,” katanya.

Sebelum itu, Bibi Khatijah merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr.Zambry di atas kesudian beliau membuat kunjungan di rumah milik keluarganya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");