Sukan Hari Ini

Wozniacki, Sharapova bakal berentap di suku akhir

PARIS: Bekas pemain wanita nombor satu, Caroline Wozniacki kekal di landasan untuk berdepan Maria Sharapova (atas) di peringkat suku akhir selepas kekalahan mengejut Serena Williams.

Tetapi halangan tidak diduga menanti Sharapova apabila perlawanan pusingan keduanya dibatalkan selepas saingan antara Paul-Henri Mathieu dengan John Isner di gelanggang Philippe Chatrier berlangsung panjang hingga mencatat sejarah permainan keempat terpanjang dalam sejarah Grand Slam.Jika Sharapova memenangi pertemuannya dengan pemain Jepun, Ayumi Morita, dia akan melangkah ke pusingan 16 terakhir hari ini.Wozniacki, pilihan kesembilan dan layak ke suku akhir pada 2010, melepasi halangan Jarmila Gajdosova 6-1, 6-4 untuk kemenangan kali keenam dalam enam pertemuan dengan pemain Australia itu.

Wozniacki akan berdepan pilihan ke-23, Kaia Kanepi dari Estonia dan ganjaran kemenangan ialah layak ke pusingan 16 terakhir yang terbentang luas selepas penyingkiran Serena yang tewas kepada pemain Perancis, Virginie Razzano, Selasa lalu.

“Saya gembira dan cergas,” kata Wozniacki yang mengalami kecederaan buku lali di Madrid dan sesak nafas di Rome dalam aksi pemanas badannya sebelum kejohanan di Roland Garros ini.

Juara bertahan dari China, Li Na juga mencatat kemenangan selesa selepas mengetepikan pemain Perancis, Stephanie Foretz Gacon 6-0, 6-2 dalam tempoh hanya 52 minit selepas pilihan ketujuh yang berusia 30 tahun itu, cemerlang hanya tercicir tiga game dalam perlawanan pusingan pertama.
“Saya agak gemuruh pada mulanya, bermain menentang pemain tuan rumah di sini. Saya dapat melihat apa yang berlaku Selasa lalu (kekalahan Serena),” kata Li.

Turut menang kelmarin ialah pilihan keempat, Petra Kvitova tetapi pilihan ke-16, Maria Kirilenko tewas 6-4, 3-6, 6-3 kepada Klara Zakopalova dan semi finalis tiga kali, Jelena Jankovkic tunduk 7-6 (7/4), 4-6, 6-4 kepada Varvara Lepchenko.

– AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");