Sukan Hari Ini

Balotelli penting diri, patut ditampar

Jurulatih Itali, Cesare Prandelli menenangkan Mario Balotelli yang kecewa selepas kalah kepada Sepanyol pada final Euro 2012 di Kiev, Isnin lalu. - REUTERS

ROME – Bintang penyerang Manchester City, Mario Balotelli menjaringkan tiga gol buat Itali pada Euro 2012, termasuk dua gol ketika mereka membenam Jerman 2-1 di separuh akhir.

Bagaimanapun skuad Azzurri dibelasah 4-0 oleh Sepanyol dalam perlawanan akhir dan bekas penyerang Itali, Paolo Di Canio tidak gembira dengan persembahan rakan senegaranya itu dengan menyifatkan dia seorang yang ego serta mementingkan diri sendiri.

Di Canio, yang kini menjadi pengendali Swindon, kelab yang baru dinaikkan ke Serie A berkata: “Balotelli mementingkan diri sendiri dan patut menerima banyak penampar.

“Menentang Jerman, dia melakukan dua perkara yang bagus tetapi akhirnya, saya hanya melihat seorang pemain yang cuma menunggu masa untuk meraikan kejayaannya.

“Balotelli tidak bermain untuk pasukan, tetapi dia bermain untuk dirinya sendiri.

“Dia seorang yang ego dan hanya memikirkan bahawa seluruh dunia cuma berkisar tentang dirinya seorang.

“Orang seperti Balotelli ini patut ditampar banyak kali daripada diberi tepukan di bahu. Antonio Cassano yang membimbing pasukan ke final.”

Di Canio bukan orang pertama yang mengkritik Balotelli. Penyerang muda berusia 21 tahun itu sebelum ini juga sering dikritik kerana sikap mementingkan diri, cepat naik baran dan gelagat di luar padang baik ketika beraksi buat kelab mahupun negara.

Walaupun Balotelli memainkan peranan besar ketika membantu Azzurri mengejutkan Jerman di separuh akhir, Di Canio tetap percaya, bahawa pemain itu ibarat ‘meriam yang dilepaskan’ dan wajar menerima layanan keras.

Balotelli kini bersama City untuk menjalani latihan pra musim. – AGENSI

-Utusan Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");