Sukan Hari Ini

Iniesta akui kahwin lebih mencemaskan

Iniesta bakal melangsungkan perkahwinan hujung minggu ini.

MADRID – Berjalan menyusuri lorong di gereja untuk berkahwin hujung minggu ini lebih mencemaskan berbanding beraksi pada Euro 2012, kata pemain Sepanyol, Andres Iniesta yang diundi sebagai Pemain Terbaik kejohanan kerana persembahannya yang tenang dan berdisiplin.

“Ia bakal menjadi satu hari yang cukup istimewa dan berbeza. Saya yakin ia akan membuat saya berasa gementar, lebih daripada apa yang saya rasakan ketika bermain di atas padang,” kata pemain tengah Barcelona itu pada sidang akhbar, kelmarin.

Pemain berusia 28 tahun itu, yang kelihatan cukup tenang sewaktu mengambil sepakan penalti pada separuh akhir menentang Portugal, membantu Sepanyol memenangi Kejuaraan Eropah buat kali kedua setelah membelasah Itali 4-0, Isnin lalu.

“Saya gembira dengan pengiktirafan peribadi ini. Tetapi seorang pemain tidak mewakili kejuaraan tersebut. Rakan-rakan sepasukan saya juga berhak menerima pengiktirafan ini,” katanya yang merujuk kepada anugerah Pemain Terbaik Euro 2012. – REUTERS

-Utusan Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");