Perak Hari Ini

Kerja keras kembalikan sokongan kaum Cina dan India kepada BN

Barisan kepimpinan UMNO perlu bekerja keras yakni tiga kali ganda berbanding sebelum ini untuk meraih kembali sokongan kaum Cina, India dan etnik lain terhadap Barisan Nasional (BN), demikian kata Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, UMNO harus menguatkan jentera sokongan hingga ke akar umbi untuk mengembalikan sokongan serta dokongan daripada  kaum tersebut terhadap parti komponen dalam BN yang dilihat semakin berkurangan.

“Suatu ketika dahulu, apabila UMNO kurang sokongan, maka kawan-kawan dalam parti komponen banyak beri sokongan kepada kita. Undi kaum Cina dan India memberi peluang kepada BN memperoleh kemenangan besar pada pilihan raya terdahulu,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak di Kuala Kangsar, hari ini.

Beliau turut mengingatkan agar UMNO serta parti komponen tidak mengamalkan sikap selesa terhadap kuasa yang dimiliki.

Katanya, faktor selesa di kalangan pemimpin adalah penyumbang atau punca sokongan kepada UMNO dan BN pada Pilihan Raya Umum 2008 merosot.

“Perasaan selesa mesti diketepikan sebab dalam keadaan pilihanraya kali ini business is unsual. Jangan anggap sebagaimana masa lalu yang kita sentiasa boleh,” tambah beliau.

Ketika ditanya mengenai ‘peluru’ yang sering digunakan oleh pembangkang untuk menjatuhkan UMNO mahupun BN, beliau menyifatkan mereka begitu konsisten dalam mencari kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin parti bagi mengelirukan rakyat.

“Saya lihat mereka banyak menggunakan isu rasuah serta penyalahgunaan kuasa ,” jelasnya.

Beliau berkata, jika kepimpinan yang dibawa oleh UMNO mahupun BN berteraskan keikhlasan dalam konteks pentadbiran negara khasnya, isu rasuah mahupun penyalahgunaan kuasa tidak akan dibangkitkan oleh mana-mana pihak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");