Sukan Hari Ini

Laluan pasti lebih mudah beraksi di laman sendiri

PERLAWANAN menentang Myanmar esok adalah penentu kelayakan skuad bawah 22 negara ke Piala AFC Bawah-22 2013 – situasi yang sudah dijangka oleh Ong Kim Swee – tetapi perjalanannya tentu lebih mudah jika Malaysia beraksi di laman sendiri.

Myanmar menggunakan sepenuhnya kelebihan sebagai tuan rumah dengan meletakkan pasukan lain dalam kumpulan bermain pada awal petang manakala mereka hanya sekali beraksi pada sebelah petang dengan selebihnya pada lewat petang.

Tuan rumah itu sebaliknya bertemu Korea Selatan hanya pada perlawanan ketiga mereka selepas puas mengasah kuku pada dua perlawanan mudah menentang Filipina dan Vietnam.Keputusan seri 0-0 dicapai tuan rumah untuk mengutip kelebihan satu mata ke atas skuad negara.

Kim Swee mengakui, cuaca panas pada awal petang sedikit mengganggu tumpuan dan kecergasan anak buahnya sehingga memaksa mereka bekerja keras sebelum memecah kebuntuan ketika menewaskan Vietnam 3-0 pada perlawanan keempat.

“Sebagai tuan rumah, kita berhak mengatur jadual perlawanan supaya berpihak kepada kita. Ini akan memberikan kita kelebihan, ditambah lagi dengan sokongan padu penyokong tempatan,” kata Kim Swee mengenai kelebihan beraksi sebagai tuan rumah yang tidak direbut Malaysia.

Malah, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga memberi jaminan kerajaan akan memberi sokongan andai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan mahu membida menjadi tuan rumah untuk pusingan kelayakan ini.

– Berita Harian Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");