Sukan Hari Ini

Murray jumpa Ferrer berentap di suku akhir

Gaya Andy Murray meraikan kemenangan ke atas Marin Cilic pada kejohanan Wimbledon di London, semalam. - REUTERS

LONDON – Andy Murray mara ke suku akhir tenis kejohanan Wimbledon kali kelima berturut-turut di mana dia akan bersemuka dengan pemain Sepanyol, David Ferrer yang pertama kali layak ke peringkat ini dalam 10 percubaan.

Pemain Britain yang menjadi pilihan keempat kejohanan, mengalahkan pemain Croatia pilihan ke-16, Marin Cilic 7-5, 6-2, 6-3.

Murray akan cuba untuk layak ke separuh akhir kejohanan di All England Club, namun terlebih dahulu harus melepasi halangan pilihan ketujuh kejohanan, Ferrer yang mengalahkan bekas juara Terbuka AS, Juan Martin del Potro 6-3, 6-2, 6-3.

Turut layak ke suku akhir semalam ialah Florian Mayer dan Philipp Kohlschreiber.

Buat pertama kali sejak Wimbledon 1997, di mana dua pemain Jerman layak ke suku akhir kejohanan Grand Slam.

Mayer mengalahkan Richard Gasquet dari Perancis 6-3, 6-1, 3-6, 6-2.

Bagi pemain pilihan ke-27, Kohlschreiber, ia merupakan hari yang penuh bermakna apabila buat pertama kali layak ke suku akhir kejohanan Grand Slam dalam 33 kali percubaan setelah menang 6-1, 7-6 (7/4), 6-3 ke atas pemain Amerika Syarikat, Brian Baker.

Sementara itu, Serena Williams mara ke separuh akhir selepas mengalahkan juara bertahan, Petra Kvitova 6-3, 7-5. Victoria Azarenka juga layak ke separuh akhir mengalahkan pemain bukan pilihan dari Austria, Tamira Paszek 6-3, 7-6 (7/4). – Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");