Sukan Hari Ini

Peluang buat ‘mat rempit’

Eizwar (kanan) dan Pegawai Kecergasan Nasional dan Pembangunan Rekreasi dan Sukan Motor, Jabatan Belia sukan Terengganu, Abdul Qader Ghulam Qader (tengah) meninjau Litar Gong Badak.

Memberi ruang kepada pelumba motosikal untuk berlumba dengan kos paling minimum!

Itu peluang yang sepatutnya tidak dilepaskan golongan ‘hati tegar’ itu untuk menyertai Kejohanan Kebangsaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS)-Motorsports Association of Malaysia (MAM) Kapcai Endurance 2012 dengan yuran pendaftaran serendah RM250 untuk setiap pasukan.

Pengarah Projek KBS-MAM Kapcai Endurance 2012, Eizwar Supiar, berkata kejohanan yang berlangsung dalam lapan sirkit di seluruh negara itu akan membuka tirai awal September ini di Litar Indrapura Pekan, Pahang dengan menawarkan tiga kategori iaitu Kelas 100cc (100cc ke bawah), Kelas 120cc (120 ke bawah) dan 150cc (150cc ke bawah).

“Objektif utama untuk menangani gejala mat rempit yang mana kami melihatnya semakin berleluasa. Kalau boleh kami mahu membendung gejala itu dan membimbing mereka berlumba dengan selamat dan secara profesional.

“Ini juga medan yang boleh digunakan mereka untuk mencuba bakat berlumba dengan kos penyertaan paling minimum,” katanya.

Apa yang menarik, tujuh pasukan teratas daripada setiap kelas kejohanan julung kali itu secara automatik akan layak ke perlumbaan peringkat kebangsaan – dengan beraksi di litar terkemuka negara iaitu di Litar Antarabangsa Sepang.
Sebarang penyertaan boleh hubungi Motorsports Association Malaysia (MAM) di talian  03-87871849.

-Berita Harian Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");