Laporan Eksklusif

Terkini: Persiapan Akhir Majlis Ekspresi Remaja Bersama PM Berjalan Lancar

Stadium Negara mula dibanjiri dengan ribuan ahli Pandu Puteri dan Pengakap sempena Majlis Ekspresi Remaja Bersama Perdana Menteri      yang dijadual berlangsung jam 2 petang ini.

Antara ribuan ahli Pandu Puteri yang hadir ialah Natasha Mohd Nomin dan Amirah Che Khalid yang mewakili kontijen dari Daerah Tanah Merah, Kelantan.

Bercakap kepada Peraktoday.com, kedua-dua pelajar dari SMK Ipoh itu, begitu teruja kerana terpilih bersama 152 rakan lain untuk mewakili sekolah dan negeri Kelantan.

Pertama kali menyertai program di luar Kelantan, Natasha nyata begitu menghargai usaha yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menghimpunkan ahli Pandu Puteri dan Pengakap Malaysia dari seluruh negara.

Tegasnya, jika berpeluang bertemu sendiri dengan Perdana Menteri, beliau ingin menyatakan harapan agar kerajaan pimpinan Perdana Menteri lebih agresif mencungkil bakat remaja termasuklah dalam bidang sukan.

Bagi Amirah pula, penyertaan dalam persatuan beruniform Pandu Puteri memberi peluang kepadanya untuk mencungkil bakat terpendam selain menambah rakan kenalan dari seluruh negara.

Majlis julung-julung kali yang diadakan itu akan bertambah seri dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Paduka Seri Rosmah yang juga merangkap Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM).

Dianggarkan 4,000 ahli Pandu Puteri dan Pengakap akan menyertai majlis itu yang bertujuan mewujudkan persefahaman antara golongan remaja dengan barisan kepimpinan negara.

Perdana Menteri akan menyampaikan amanat dan harapan kerajaan terhadap golongan remaja yang bakal menjadi barisan pemimpin pelapis di masa depan.

Ketika ini, persiapan akhir sedang berlangsung di Stadium Negara termasuk raptai persembahan koir Permata Seni dan artis tempatan, Alif Sattar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");