Sukan Hari Ini

Azizulhasni gagal perbaiki kedudukan, ulangi pencapaian empat tahun lalu

LONDON: Pelumba trek sensasi negara, Mohd Azizulhasni Awang gagal memperbaiki pencapaiannya apabila menamatkan saingan di tempat kelapan dalam acara pecut lelaki Sukan Olimpik 2012 di Velodrom London di sini, semalam.

Pencapaian pelumba kelahiran Dungun, Terengganu berusia 24 tahun itu mengulangi kedudukan yang diraihnya ketika Sukan Olimpik Beijing empat tahun lalu. Terdahulu hari ini, Mohd Azizulhasni yang digelar ‘The Pocketrocketman’, tumpas dalam dua perlumbaan kepada pelumba Britain, Jason Kenny yang juga pemegang rekod Olimpik acara itu pada saingan suku akhir.

Pada sesi kelayakan, Kenny mencatat rekod baru Olimpik dengan masa 9.713 saat untuk memadamkan rekod lama 9.815s yang dicatatkan rakan senegaranya, Chris Hoy di Olimpik Beijing 2008.

Pada perlumbaan penentuan tempat kelima hingga kelapan, Mohd Azizulhasni gagal menyinar apabila menduduki tempat terakhir dan kelapan dalam kalangan empat pelumba, di belakang pelumba Rusia, Denis Dmitriev, Jimmy Watkins (Amerika Syarikat) dan Robert Forstermann (Jerman).

Pengurus pasukan, Datuk Naim Mohamad berkata selepas gagal di suku akhir, jurulatih John Beasley menasihatkan Azizulhasni supaya jangan terlalu mengerah tenaga pada perlumbaan penentuan tempat kelima hingga lapan itu.

“Kami mahu beliau (Mohd Azizulhasni) mendapat rehat yang cukup dan kembali bertenaga dalam acara keirin pada Selasa,” katanya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");