Sukan Hari Ini

Chong Wei layak ke peringkat akhir, tewaskan Chen Long

Impian Malaysia untuk membawa pulang pingat emas di temasya Sukan Olimpik London 2012 kembali menyinar apabila jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menundukkan musuh ketatnya dari China, Chen Long dalam pertarungan badminton perseorangan peringkat separuh akhir di Arena Wembley, sebentar tadi.

Beliau menewaskan Chen Long dengan kiraan mata 21-14 dan 21-15 untuk melangkah ke peringkat akhir, sekaligus semakin menghampiri buruan pingat emas.

Di peringkat suku akhir, Chong Wei menundukkan pemain India, P Kashyap 21-19, 21-11 di Arena Wembley, awal pagi tadi.

Pemain nombor dua dunia itu mengambil masa 47 minit untuk mengetepikan lawannya sekali gus melegakan seluruh Malaysia yang menanti penuh debar keputusan perlawanan berkenaan.

Manakala Chen Long pula layak ke separuh akhir selepas menumpaskan Peter Gade dari Denmark 21-16, 21-13 dalam masa 55 minit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");