Perak Hari Ini

Didik Rakyat Supaya Hormat Dan Hargai Pasukan Keselamatan: DS Zambry

Rakyat perlu dididik agar sentiasa menghormati dan menghargai pasukan keselamatan bagi memastikan keamanan dan keharmonian  negara ini terus kekal terpelihara.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata rakyat perlu didedahkan mengenai peri pentingnya peranan pasukan keselamatan dalam menjaga keamanan negara daripada ancaman pihak musuh.

“Jika nilai menjaga keamanan tidak didedahkan kepada rakyat, maka jadilah anarki di mana siapa yang kuat akan berkuasa apatah lagi ada pihak yang tidak pandai menilai peri pentingnya pasukan keselamatan dengan mencerca pasukan itu.

“Tindakan itu lama-kelamaan akan masuk dalam kepala atau diterima rakyat, sekaligus boleh membawa negara ke kancah anarki,” katanya berucap pada majlis penyampaian bungkusan kuih raya kepada pasukan keselamatan di Dewan Bankuet di Ipoh, hari ini.

Pada majlis itu, hampir 10,000 kotak kuih raya diagih-agihkan kepada lapan pasukan keselamatan antaranya Polis Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Gerakan Am dan Pasukan Polis Marin.

Program tahunan itu dijayakan dengan kerjasama Badan Amal dan Kebajikan Isteri Perak (BAIDURI) di bawah pimpinan Yang Dipertuanya, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, dewasa ini, beberapa negara berada di kancah anarki disebabkan kelemahan pasukan keselamatan yang dan seterusnya membawa kehancuran kepada negara akibat perang saudara.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Zambry berkata, program tahunan yang dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama BAIDURI itu merupakan satu pengiktirafan kepada peranan dan jasa pasukan keselamatan dalam menjaga keamanan negara.

“Melalui sumbangan ini juga, kita mahu mewujudkan kesedaran kepada rakyat peri pentingnya kita mengingati jasa dan peranan yang dimainkan oleh anggota keselamatan,” jelasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");