Membawang Hari Ini

Doakan Yang Terbaik Untuk Anak Saya” – Ibu Shila Amzah

“Sebagai ibu tentunya saya sangat terharu dan bersyukur.” Itulah ungkapan pertama dari Ibu Shila apabila dihubungi oleh MH online pagi tadi.

“Sebenarnya sebelum mengambil keputusan untuk terus bertudung, Shila ada beberapa kali meminta pendapat daripada saya dan ayahnya (N.D Lala) mengenai keputusan yang bakal dilakukannya itu.

“Sebagai penyanyi, dia risau andai kerjayanya akan terjejas kelak. Namun kami sekeluarga mengingatkan Shila yang rezeki semuanya datang dari Allah S.W.T, apa yang tertulis buat kita pasti akan menjadi milik kita dan juga sebaliknya”.

Sepanjang perbualan bersama MH online, nyata ibu Shila tidak mampu lagi menahan perasaan terharunya apabila dia menangis kegembiraan selain perkataan syukur tidak lekang dari bibirnya.

“Saya mengharapkan agar Shila akan terus bertudung sampai bila-bila dan kami sekeluarga akan terus menyokong dirinya,” ujar ibunya lagi.

Ibu Shila juga menambah yang dia dan anak gadisnya kini sedang gila ‘shopping’ tudung dan sudah beberapa kali ke Jalan TAR untuk membeli koleksi tudung buat Shila.

-Media Hiburan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");