Jenayah

Jerat cinta laman web babit kerugian RM1.04j

Gambar hiasan:-

Kuantan: Bermula dengan perkenalan melalui laman sosial, bercinta dan akhirnya mengambil kesempatan terhadap mangsa dengan menipu mereka.

Itu modus operasi satu sindiket penipuan yang dikesan selepas Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJN) Pahang menerima 22 laporan sejak awal tahun ini hingga bulan lalu, membabitkan kerugian RM1.04 juta.

Pemangku Ketua JSJN Pahang, Deputi Superintendan Mohd Rizal Kamarudin, berkata walaupun tidak pernah bersua muka dan mengenali antara satu sama lain, ada antara mangsa sanggup memberikan wang kepada penjenayah terbabit.

Katanya, penipuan berlaku apabila penjenayah terbabit memperdaya mangsa kononnya akan menghantar bungkusan barangan dari luar negara sebagai cenderahati.

Sebaik mangsa mula memasuki jerat, suspek mengatakan barang berkenaan ‘tersangkut’ di Jabatan Imigresen atau Kastam sebelum meminta mangsa menjelaskan sejumlah bayaran bagi menebus hadiah terbabit yang pada hakikatnya tidak wujud.

“Sindiket itu kini turut dikesan menggunakan taktik baru dengan memperdaya mangsa menghantar barang hantaran perkahwinan.

“Modus operandi digunakan sama, cuma dalam kes ini suspek bertindak berkenalan sehingga mangsa jatuh cinta sebelum merancang untuk berkahwin.
“Bagi menarik minat mangsa, suspek membuat helah menghantar bungkusan mengandungi pelbagai barangan berjenama sebagai hantaran perkahwinan mereka nanti,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Mohd Rizal berkata, mangsa yang kebanyakannya wanita berusia antara 30 hingga 45 tahun tanpa banyak soal akan memasukkan sejumlah wang diminta.

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");