Sukan Hari Ini

Kien Keat-Boon Heong ke suku akhir sebagai naib juara Kumpulan D

LONDON 1 Ogos – Harapan untuk melihat Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menjuarai Kumpulan D tidak kesampaian apabila tewas kepada beregu No.1 dunia, Chung Jae Sung-Lee Yong Dae dengan keputusan 16-21, 11-21.

Pada perlawanan terakhir Kumpulan D badminton beregu lelaki Sukan Olimpik 2012 yang berlangsung pukul 1.30 pagi tadi waktu Malaysia menyaksikan Jae Sung-Yong Dae dari Korea Selatan hanya memerlukan 31 minit untuk menewaskan Kien Keat-Boon Heong bagi menjuarai peringkat kumpulan.

Selepas ini, Kien Keat-Boon Heong yang tetap melangkah ke suku akhir melalui tiket naib juara Kumpulan D dijadual menentang juara Kumpulan B, Bodin Isara-Maneepong Jongjit dari Thailand pada Khamis ini.

– UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");