Sukan Hari Ini

Lepas Persie, giliran Song angkat kaki

London: Jurulatih Arsenal, Arsene Wenger membuat pertaruhan besar dengan melepaskan kapten dan penyerang bintangnya, Robin van Persie ke Manchester United dan kini mungkin turut kehilangan pemain tengah utama pasukan, Alex Song.

Van Persie menyertai United Jumaat lalu dengan kontrak empat tahun meninggalkan Arsenal tanpa peledak terbanyak EPL musim lalu yang dikuatkan dengan dua muka baru – Lukas Podolski dan Olivier Giroud.

Realitinya apabila pemain tidak mahu kekal, kamu mempunyai dua cara: Sama ada kamu memaksanya untuk kekal atau menerima realiti dan melepaskannya. Saya memilih pilihan kedua, kata Wenger.

Saya tahu cabaran besar dan pertaruhan besar yang saya ambil namun kami mempunyai kualiti berdepan masalah yang kami hadapi dan di penghujung saingan, saya boleh bercakap namun kita boleh menunjukkannya di atas padang kini.

Sekalipun kehilangan ramai pemain utama beberapa musim ini termasuk Cesc Fabregas dan Samir Nasri pengendali kelahiran Perancis itu melihat gambaran lebih besar.

Ditanya mengenai kemungkinan kehilangan Song, Wenger berkata: Apa juga boleh berlaku. Keputusan ini (Song) bukan dibuat-buat, katanya yang menambah tiada sebarang bidaan sudah diterima.

– BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");