Kolumnis

Mana PAS Nak Letak Muka Bila Mat Sabu ‘Kantoi’ Menipu?

SAYA sebenarnya tidak tahu di mana Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu, mahu letak mukanya apabila “disembur” oleh ahli-ahli keluarga mantan Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Mohammad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu atau Abang Mat dilaporkan telah menyatakan bahawa Allahyarham Tun Ghafar pasti akan menyertai PAS sekiranya beliau masih hidup sebagaimana yang dilakukan oleh anak lelakinya, Tamrin.

Timbalan Presiden PAS itu di dalam satu ceramah merapunya di Bukit Katil, Melaka, tiba-tiba tunjuk baik dan mengaku ada mengunjungi Allahyarham pejuang UMNO sejati itu di kediamannya ketika sedang sakit tenat.

Mendengar cerita karut Mat Sabu itu, beberapa ahli keluarga Allahyarham Tun Ghafar tampil “membelasah” suami kepada dua Normah itu dan menggesanya supaya meminta maaf di atas keceluparan tersebut.

Datuk Ahmad Hamzah sebagai menantu Allahyarham Tun Ghafar menyifatkan kenyataan Mat Sabu itu sebagai tidak bertanggunjawab dan dilakukan secara semberono tanpa mempunyai asas yang kukuh.

Beliau juga mahu supaya Mat Sabu menarik balik kenyataannya itu memandangkan ia jelas mengguris hati ramai ahli keluarga Allahyarham.

Paling menarik, anak perempuan Allahyarham Tun Ghafar, Datin Zainon Ghafar, mendedahkan bahawaTimbalan Presiden parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu telah menipu rakyat di dalam ceramah tersebut.

Menurutnya, Mat Sabu tidak pernah menziarahi atau menjengahkan diri melawat ketika bapanya sedang sakit teruk!

Saya tertanya-tanya, inikah isi ceramah Mat Sabu yang terkini? Sekiranya benar, maka jelaslah bahawa Mat Sabu masih belum berubah, dari muda hinggalah ke tua, dari beristerikan seorang Normah hinggalah beristerikan dua orang Normah, Mat Sabu tak habis-habis menipu!

Dari dulu di zaman mudanya, Mat Sabu sememangnya terkenal dengan keceluparan mulutnya, khususnya apabila berceramah, sehingga begitu mudah mengeluarkan cerita-cerita bohong bagi menarik minat pendengarnya.

Dia yang sememangnya suka mengarut dan mencarut ketika berceramah dikatakan pernah ditegur dan dimarahi oleh bekas Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, kerana tidak menjaga mulut sehingga mencemarkan identiti PAS yang membawa nama “Islam”.

Namun kini setelah Allahyarham Ustaz Fadhil Noor tiada dan kini PAS memiliki seorang Mursyidul AM karut yang menyokong para “penganut agama PAS” untuk mencarut, maka Mat Sabu begitu berani menunjukkan sikap buruknya itu.

Apatah lagi Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, dilihat seperti “puppet” yang mendengar kata golongan “Anwarinas, maka makin besarlah kepala Mat Sabu!

Saya tertanya-tanya, tidak malukah Mat Sabu menjerit-jerit di atas pentas menunjukkan kebodohannya di khalayak ramai dan kemudiaannya menjaja cerita bohong dari satu negeri ke satu negeri yang lain?

Tidak penatkah Mat Sabu menjadi “tukang karut” serta membuat dosa kering pada setiap ceramahnya, dan apakah Timbalan Presiden PAS itu tidak pernah rasa bersalah atau berdosa berbuat demikian?

Saya tidak tahu pendirian anak lelaki Allahyarham Tun Ghafar, Tamrin, mengenai kenyataan Mat Sabu mengenai arwah bapanya itu memandangkan dia telah menyertai PAS baru-baru ini.

Namun jika sayalah ditempat Tamrin, kalau Mat Sabu tak makan penampar dari saya, jangan panggil saya anak lelaki Tun Ghafar Baba. Nahas Mat Sabu saya kerjakan. Tapi, mungkin Tamrin suka bila Mat Sabu menjaja cerita bohong mengenai arwah bapanya, kan?

Biar apa pun, saya yakin bahawa Mat Sabu “berhutang” maaf dari seluruh ahli keluarga Allahyarham Tun Ghafar Baba akibat dari tabiat keceluparan mulutnya yang suka berbohong dan menjaja cerita karut kepada rakyat.

Mat Sabu juga perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana sering menipu di dalam setiap siri ceramahnya di seluruh negara. Bertaubatlah Mat Sabu dan janganlah jadi liabiliti kepada PAS lagi…

-PANDORA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");