Jenayah

Pelajar Giatmata & Buruh Ditahan Miliki Dadah

BESUT: Seorang pelajar Giatmara dan seorang buruh ditahan kerana memiliki 93 biji pil dipercayai dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah murah dekat Kampung Nyiur Tujuh dekat Jerteh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut DSP Noor Zainy Mohd Noor berkata, kedua-dualelaki masing-masing berumur 19 dan 26 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kirapukul 1.50 pagi Jumaat lepas.

Beliau berkata kedua-dua suspek merupakan penduduk tempatan yang dikenalpasti sebagai pengedar dadah secara kecil-kecilan sejak beberapa bulan lalu.

“Mereka melarikan diri dengan bersembunyi di bawah katil sebelum ditemuisepasukan polis yang menyertai operasi tersebut,” katanya kepada pemberita disini Ahad.

Beliau berkata kedua-dua suspek dipercayai menjadikan rumah yang didiami itusebagai tempat untuk memproses dadah ke dalam straw kecil sebelum diedarkankepada penagih sekitar daerah Besut.

Hasil pemeriksaan lanjut ke dalam bilik, polis turut menemui 93 biji pilberwarna kemerahan dipercayai pil kuda yang disimpan di dalam sebuah tin danujian urin ke atas mereka juga didapati positif dadah.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");