Perak Hari Ini

Perak Lulus Tanah 60 Hektar Bina Kolej Felcra Di Seberang Perak

Kerajaan negeri Perak sudah meluluskan tanah seluas 60 hektar untuk membina Kolej Felcra yang terletak berdekatan dengan tapak projek perumahan generasi kedua Felcra Seberang Perak.

Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, berkata kolej itu ditubuhkan bagi membangunkan modal insan daripada kalangan generasi Felcra.

“Kita mahu membangunkan kawasan Seberang Perak ini menjadi Bio-Valley yang tidak terhad kepada kepada tanaman sawit sahaja tetapi juga pertanian dan penternakan.

“Untuk mengembangkan sektor berkenaan, kita memerlukan sebuah pusat kajian dan penyelidikan yang mana hasilnya nanti akan dikembangkan ke seluruh negara,” katanya.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, berkata pengambilan pertama pelajar Kolej Felcra akan bermula awal tahun depan yang membabitkan sejumlah 300 pelajar dengan keutamaan diberikan kepada anak peserta Felcra seluruh negara.

Namun begitu, pengambilan pelajar dari masyarakat lain juga akan dipertimbangkan oleh agensi itu, katanya.

Menurut Tajuddin lagi, pihaknya akan menaiktaraf Pusat Latihan Felcra Seberang Perak, bersebelahan Masjid Al Ansar, untuk dijadikan sebagai kampus sementara kepada Kolej Felcra.

Jelasnya, kolej itu akan menawarkan kursus yang berkaitan dengan sektor pertanian, penternakan, bioteknologi, pengurusan ladang serta pengurusan kewangan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");