Sukan Hari Ini

Phelps kukuh status legenda

LONDON – Michael Phelps mengukuhkan statusnya sebagai perenang legenda Olimpik dengan bantuan rakan-rakan sepasukannya semalam apabila Amerika Syarikat (AS) muncul juara acara 4x200m gaya bebas.

Kemenangan itu menambah koleksi pingat Olimpik yang dimiliki Phelps kepada 19 keseluruhan, mengatasi rekod kutipan 18 pingat oleh atlet gimnastik Rusia, Larisa Latynina.

Setelah perenang AS itu berjaya menyamai rekod Latynina dengan memenangi pingat perak acara 200m gaya kupu-kupu, Phelps bersama rakan senegaranya Ryan Lochte, Conor Dwyer dan Ricky Berens memastikan pingat emas acara tersebut.

“Saya berterima kasih kepada rakan-rakan kerana membantu saya mendapatkan kemenangan ini. Saya beritahu mereka saya mahukan jarak besar sebelum giliran dan mereka berikannya,” kata Phelps.

Juara Dunia acara 200m gaya bebas, Lochte sebelum itu gagal mengutip sebarang pingat dalam acara sama di Olimpik bagaimanapun meletakkan AS di hadapan sewaktu permulaan perlumbaan.

Lochte berkata, beliau kecewa setelah gagal dalam acara tersebut tetapi ramai pihak memberikan semangat dengan berkata dirinya mampu buat lebih baik daripada itu.

“Saya bangun dari tidur keesokannya sebelum kembali menjadi diri sendiri dan berjaya membantu pasukan kami menjuarai acara 4x200m gaya bebas,” jelasnya. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");