Sukan Hari Ini

Rooney tak laku

LONDON – Tiada kelab besar Eropah yang sudi untuk mendapatkan khidmat Wayne Rooney dan ini bermakna hanya tinggal Manchester City sebagai satu-satunya pasukan yang mampu untuk membelinya, itu pun jika United sedia menjualkan tonggak penyerang mereka itu.

Difahamkan United tidak keberatan untuk menjual bintang England berusia 26 tahun itu melainkan dia mula mempamer peningkatan prestasi.

United dijangka meletakkan harga 50 juta pound (RM246.2 juta), namun Barcelona dan Real Madrid tidak bersedia untuk melancarkan bidaan.

Kelab yang berbelanja besar, Paris St. Germain yang awal musim panas lalu menimbangkan untuk memancing Rooney, kini tidak lagi berminat.

Rooney digugurkan daripada kesebelasan utama United ketika perlawanan pertama musim ini menentang Fulham di laman sendiri, Sabtu lalu.

Bos United, Alex Ferguson dikatakan kecewa dengan prestasi dan tahap kecergasan Rooney sewaktu United bertandang ke Everton pada aksi pembukaan musim di mana ia berakhir United kalah 0-1.

Hubungan pengurus dan anak buahnya itu juga difahamkan renggang dan mereka jarang bercakap antara satu sama lain sejak Rooney kembali melapor diri untuk persiapan pra-musim.

City hampir mendapatkan Rooney ketika dia meluahkan hasrat untuk meninggalkan United pada Oktober 2010.

Sebarang urus niaga perpindahan tentunya tidak akan berlaku sehingga Januari depan, lebih-lebih lagi Rooney kini diketepikan untuk hampir dua bulan selepas mengalami kecederaan serius pada paha kanan akibat terkena stud kasut penyerang Fulham, Hugo Rodallega. – AGENSI

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");