Perak Hari Ini

Ziarah Amal YBUDR Bantu dan Dekati Golongan Kurang Bernasib Baik

Sepanjang Ramadhan tahun ini, Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) memperkenalkan program Khidmat Komuniti melalui pendekatan ziarah amal yang membabitkan golongan kurang bernasib baik di negeri itu.

Bermula di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik pada 28 Julai dan berakhir di DUN Parit pada 10 Ogos lalu, program itu ternyata memberi keinsafan tatkala bersama-sama golongan yang  kurang bernasib baik.

Di samping berkongsi saat-saat berbuka puasa, golongan anak yatim turut menerima sumbangan berbentuk hamper dan duit raya daripada YBUDR.

Kawasan pertama yang terlibat dengan program Imarah Ramadan ini ialah Langkap yang mana 70 orang menerima hamper raya manakala di Changkat Jering pula, seramai 45 orang menerima hamper dan 30 orang lagi menerima duit raya.

Di daerah Kinta pula, program berlangsung di Masjid Panglima Kinta menyaksikan 10 hamper di sumbangkan selain peruntukan RM300 kepada masjid serta pertubuhan anak-anak yatim.

Selain itu, 40 orang juga menerima duit raya pada majlis berkenaan.

Bagi kawasan Hulu Perak, program ini berlangsung di Pusat Ma’ahad Tahfiz, Lenggong untuk majlis berbuka puasa manakala majlis bersahur pula mengambil tempat di PPMS Air Ibol Sumpitan, Lenggong.

Pengerusi YBUDR, Datuk Saarani Mohamad yang hadir pada majlis itu menyampaikan hamper dan duit  raya kepada 50 pelajar pusat terbabit.

Suasana yang lebih meriah dirasakan di Dewan Teluk Kecil Pangkor apabila seramai 330 tetamu yang hadir masing-masing menerima ada kain pelikat mahupun kain batik sebagai sumbangan menyambut Hari Lebaran.

Program Imarah Ramadan melabuhkan tirainya di Dun Bota dan Parlimen Parit iaitu majlis berbuka berlangsung di Kuarters Pekerja Kilang Sawit Felcra Nasaruddin, dekat Bota manakala bersahur pula diadakan di Rumah Anak Yatim Bait Al Amin, Parit.

Sebanyak 50 hamper raya diagih-agihkan manakala 100 orang pula menerima duit raya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");