Perak Hari Ini

6,000 rakyat Perak terima rawatan, pemeriksaan percuma ditawarkan KB1M

Lebih 6,000 rakyat Perak mendapat rawatan kesihatan percuma sejak Klinik Bergerak 1Malaysia (KB1M) diperkenalkan Kementerian Kesihatan pada Disember 2010.

Exco Kesihatan negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata klinik itu menggunakan bas diubahsuai dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas perubatan serta dikendalikan doktor dan jururawat berpengalaman.

Katanya, ia memberi perkhidmatan kepada penduduk di luar lingkungan 25 km dari pusat perubatan dan kesihatan terdekat.

“Kerajaan negeri berbangga kerana sejak memulakan operasi perkhidmatan pada Disember 2010, KB1M sudah memberi rawatan percuma kepada lebih 6,000 penduduk Perak.

“Klinik itu juga menyediakan perkhidmatan rawatan kepada penduduk di Daerah Kampar dan Batang Padang.

“Di Kampar contohnya, klinik itu menyediakan perkhidmatan di Kampung Sungai Itek, Ulu Jelintoh, Kampung Timah, Tronoh Mines, Kampung Jeram, Kampung Sahum dan Pos Raya dan Pos Slim, ” katanya.

Perkhidmatan sama turut ditawarkan kepada penduduk Daerah Batang Padang yang membabitkan enam kawasan iaitu Pekan Tapah Road/Air Kuning, Pekan Chenderiang, Kampung Sungai Genting, Batu 9, Cameron Highlands, Kampung Slim Village dan Kampung Menderang.

Menurut Hang Soon lagi, klinik itu beroperasi pada Isnin hingga Jumaat mengikut jadual yang ditetapkan dan purata 10 hingga 80 orang ramai mendapatkan rawatan sehari.

Tegasnya, pada tahun lalu sahaja, 4,364 pesakit di daerah Kampar menerima rawatan manakala di Batang Padang pula membabitkan seraai 2,275 pesakit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");