Kolumnis

Agenda Jahat Mahfuz Cuba Laga-Lagakan Najib Dengan Muhyiddin

TERBARU, Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar menyebarkan spekulasi bodoh dan jahat untuk melaga-lagakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Mahfuz berkata di Harakahdaily kononnya dia bimbang pertelingkahan di antara Najib dan Muhyiddin akan menyebabkan kepentingan institusi pelajaran dan para pelajar di negara ini menjadi mangsa.

Kononnya lagi, Muhyiddin kini sedang meluaskan pengaruhnya melalui Kementerian Pelajaran dengan merencana pelbagai program untuk para pelajar melalui portfolionya itu dan Mahfuz bimbang program-program tersebut akan “dicantas” oleh Najib.

Menurut “tukang karut” PAS itu, Najib sebagai Menteri Kewangan kononnya akan memotong peruntukan yang diminta oleh Muhyiddin untuk Kementerian Pelajaran, sekaligus menjejaskan kepentingan bidang pendidikan di negara ini.

Persoalannya, bila pula masanya Najib dan Muhyiddin bertelingkah sesama sendiri dan dari mana pula Mahfuz peroleh maklumat kononnya kedua pucuk pimpinan negara itu bergaduh?

Apakah Mahfuz sangat rapat dengan kedua-dua pemimpin utama Barisan Nasional itu dan mengekori mereka ke mana saja mereka pergi setiap waktu siang dan malam sehingga memungkinkan dia tahu apa yang berlaku di antara mereka?

Sejak bila pula Mahfuz pandai “menilik membaca fikiran orang” dan apakah dia diberikan kelebihan “kasyaf” untuk tahu apa yang terkandung di dalam perasaan diri seseorang itu? Setahu saya, Mahfuz itu SRP pun tidak lulus!

Memang benar Muhyiddin sedang memperkasakan Kementerian Pelajaran dengan memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di mana ia akan menjadi satu mekanisma terbaik memastikan generasi berilmu di negara ini pada masa akan datang.

Malah pelan tersebut begitu meriah dilancarkan baru-baru ini dan tahukah Mahfuz gerangan siapakah yang melancarkan pelan pendidikan jangka panjang itu?

Pemimpin yang melancarkan pelan pendidikan yang genius itu adalah tidak lain tidak bukan, Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO dan BN, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, serta disaksikan sendiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin!

Dari itu, tuduhan Mahfuz yang mengatakan bahawa kedua  pucuk pimpinan kerajaan itu sedang bertelagah adalah tidak benar sama sekali dan merupakan satu fitnah jahat yang dipercayai bertujuan untuk memecah-belahkan UMNO/BN menjelang PRU ke-13.

Saya pasti, ramai rakyat Malaysia yang celik akan dapat menghidu dengan mudah agenda jahat Ahli Parlimen paling bodoh di dalam sejarah Malaysia ini dan sudah pasti ramai yang tidak akan termakan dengan dakyah dungunya itu.

Nama saja Naib Presiden Parti “Islam” SeMalaysia, tapi hatinya begitu busuk bak bau bangkai dan sesiapa yang terpercaya dengan dakyahnya itu pastinya akan terus mati seluruh jiwanya…

Pada saya, PAS dan kepimpinannya sudah terdesak untuk menghadapi kekuatan sebenar UMNO/BN menjelang PRU ke-13 ini memandangkan UMNO/BN semakin kuat mendapat perhatian dan sokongan rakyat, khususnya umat Islam di negara ini.

Manakala mereka meyedari bahawa sokongan terhadap PAS semakin merosot teruk dari hari ke hari menjelang PRU ke-13 sejak parti itu bergabung dengan DAP dan PKR sehingga tergadai perjuangan asal mereka serta merelakan diri menjadi “keldai”.

Justeru itu, saya yakin bahawa dakyah jahat Mahfuz ini tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada gandingan mantap Najib – Muhyiddin, apatah lagi selepas PRU ke-13 ini kita akan menyaksikan Anwar Ibrahim bakal menjadi guru seumur hidup!

– PANDORA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");