Perak Hari Ini

Kerajaan Mampu Urus dan Bayar Hutang Negara: Ahmad Husni

Rakyat tidak perlu berasa bimbang terhadap paras hutang negara kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) berkemampuan mengurus dan membayar balik hutang berkenaan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Tambahnya, pinjaman perlu dibuat bagi melaksanakan pelbagai pembangunan terutama yang memberi impak dan kesan besar serta berganda kepada aktiviti ekonomi negara.

Beliau mengulas kritikan pembangkang termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa Bajet 2013 tidak mengambil kira situasi ekonomi negara selain menyebut hutang negara kini mencecah RM502 bilion.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan juga katanya, berusaha menarik pelaburan bernilai tinggi di Malaysia dengan menyediakan ekosistem yang sesuai bagi tujuan itu.

Sehubungan itu, bagi menyediakan modal insan yang mampu memenuhi keperluan tenaga kerja pelaburan bernilai tinggi ini, transformasi pendidikan perlu dilaksanakan oleh kerajaan, tegas Ahmad Husni lagi.

“Selain menubuhkan Talent Corp untuk memastikan kita berupaya menyediakan tenaga pekerja mahir dari Malaysia dan luar negara yang memenuhi keperluan industri, kita juga perlu melaksanakan transformasi pendidikan untuk pelan jangka panjang supaya kita mempunyai tenaga mahir sendiri,” katanya lagi.

Ahmad Husni ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-35 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Perak di Hotel Rivierfront di Ipoh, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");