Berita Hari Ini

Lapor kepada DBKL jika rumah PPR disalah guna

Orang ramai diminta melaporkan perbuatan penyalahgunaan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan.

Beliau berkata, DBKL menerima banyak laporan bahawa bantuan rumah PPR, yang bertujuan menaik taraf kualiti hidup keluarga miskin, telah disewa kepada orang lain.

“DBKL akan menjalankan pemantauan terhadap penghuni rumah PPR dan jika didapati orang lain menyewa rumah berkenaan, maka tindakan menarik balik tawaran kepada penghuni untuk menduduki rumah berkenaan akan diambil.

“Pihak DBKL juga akan bekerjasama dengan pihak polis dan imigresen semasa operasi pemantauan,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Madrasah Kampung Pandan di sini semalam.

Pada majlis sama, Saravanan turut menyampaikan duit raya kepada 80 anak yatim dan orang kurang upaya dari Badan Amal Islam Puchong, Baitul Ehsan Gombak dan Rumah Anak Yatim Al-Khadim.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");