Jenayah

Lelaki maut, rakan cedera dirempuh seladang

Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera akibat dirempuh seladang di Hulu Air Pasir, Banding dekat Gerik semalam.

Musa Ismail, 56, maut akibat cedera parah di perut manakala Isa Abdullah, 24, patah kaki dan tangan kiri dan dirawat sebagai pesakit luar.

Kedua-dua mereka bersama seorang lagi rakan mereka, Abdul Mohd. Sharifudin A. Manas, 35, diserang haiwan itu ketika dalam perjalanan untuk memasuki Hutan Simpan Royal Belum secara haram antara pukul 3 dan 6 petang.

Abdul Mohd. Sharifudin tidak cedera, kata Ketua Polis Daerah Gerik, Supt. Abdul Manab Baharum ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kesemua mereka cuba memasuki hutan simpan itu melalui lorong tikus di Km 68.4 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) untuk memancing dan memukat ikan.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");