Isu Panas

Model Mohon Maaf Pijak Gambar PM

Seorang remaja 19 tahun yang telah ditahan oleh polis kerana didakwa memijak gambar Perdana Menteri semasa perhimpunan malam Merdeka pada Khamis, membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Saya memohon maaf kerana memijak gambar Perdana Menteri di Dataran Merdeka,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP di Petaling Jaya, hari ini.

Bercakap melalui peguamnya Eric Tan, Ong Xin Yi, 19, menafikan bahawa dia mempunyai apa-apa niat melakukan hasutan dan hanya mengikut orang lain yang melakukan perkara yang sama.

Dilaporkan bahawa ramai peserta perhimpunan pada 30 Ogos telah ditangkap kerana memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

– mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");