Perak Hari Ini

Persidangan MMSA Kaji Pandangan Kumpulan Kuasa Ketiga

Persidangan Majlis Masyarakat Sivil Amanjaya (MMSA) yang dianjurkan oleh Institut Darul Ridzuan (IDR) merupakan usaha mencari idea, pandangan serta cadangan daripada pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi mengisi jurang dalam mengurus tadbir kerajaan negeri.

Melibatkan seramai 45 ahli yang mewakili keseluruhan NGO dari Perak, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Rahman Hashim berkata, persidangan itu selaras dengan saranan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk mengadakan perbincangan dengan kumpulan kuasa ketiga (third force).

“Kita memberi ruang kepada pihak NGO untuk bagi membantu dalam pelaksanaan kerajaan negeri dan saya berharap peluang ini dapat diguna sebaik mungkin oleh mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran Persidangan MMSA di Dewan Serbaguna, Bangunan SUK, pagi tadi.

Jelas beliau, input yang diperolehi di penghujung persidangan itu akan dijadikan dibawa kepada pihak kerajaan negeri dan jabatan-jabatan yang terlibat untuk diperhalusi untuk diambil kira dalam sebarang pelaksanaan yang dilakukan.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Mah Hang Soon dalam ucapannya berkata, kewujudan NGO sebagai wakil kepada masyarakat sivil memainkan peranan utama dalam mencipta ruang dan peluang yang seluas-luasnya untuk menjadi medium komunikasi antara orang awam dan kerajaan.

“Melalui MMSA, saya percaya interaksi dan sinergi antara kerajaan negeri dan NGO akan menjadi lebih bermakna dan berkesan,” kata beliau.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan penglibatan NGO dan insititusi-insititusi kemasyarakatan yang lain menyuarakan pandangan serta cadangan mereka bagi menjayakan Gagasan Perak Aman Jaya.

“Saya berharap NGO di Perak akan mengoptimumkan sebaik mungkin peluang yang sebagai wakil di MMSA menjadi ‘The Third Constructive and Non-destructive Force,” jelasnya lagi.

Dr Mah berharap persidangan tersebut akan berjalan lancar dengan proses interaksi dan perbincangan yang dibuat dapat menjana input yang mampu digunapakai untuk diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan kerajaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");