Perak Hari Ini

Rakyat Tidak Dipinggirkan, Bukti BN Tepati Janji

Kehidupan serba kekurangan yang diharungi Foong Kam Hoon dan Kok Ching kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah apabila rumah usang yang didiami sejak berpuluh tahun lalu berganti dengan rumah baru yang lebih selesa.

Penyampaian kunci rumah baru oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Batu Gajah, Datuk Yussof Kassim nyata memberi kegembiraan tidak terhingga buat mereka berdua.

Kam Hoon, 54, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah begitu ceria ketika ditanya mengenai keseronokan menerima kunci untuk kediaman barunya.

“Saya begitu gembira kerana dapat hidup dengan lebih selesa selepas ini dan ia semua adalah hasil bantuan kerajaan negeri serta BN,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pernah meluangkan masa melawat rumah Kam Hoon di Kampung Bemban, Batu Gajah.

Melihat keadaan Kam Hoon yang hidup dalam serba kedaifan, kerajaan negeri melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) membuat keputusan mendirikan sebuah rumah baru untuknya sebagai salah satu usaha membantu rakyat miskin memiliki rumah sendiri.

Bagi Ching, 78, dari Kampung Nalla, dekat Tronoh pula merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada BN yang telah banyak membantu dirinya untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna.

Walaupun tinggal di kawasan pembangkang, Ching yang tinggal seorang diri tetap menerima bantuan BN bagi mengurangkan bebannya yang tidak bekerja.

“Terima kasih BN kerana janji ditepati,” katanya lagi.

Sebelum ini, kehidupan Ching serba kekurangan dengan keadaan rumah kayu yang didiaminya semakin reput dan terpaksa mengambil air perigi sebagai sumber air harian.

Sementara itu, Yussof ketika ditemui berkata, bantuan diberikan kepada kedua penerima tersebut membuktikan BN sememangnya kerajaan yang menepati segala janji.

Meskipun salah satu kawasan itu dipegang oleh pembangkang, namun rakyat tidak terus dipinggirkan malah UMNO, MIC serta Gerakan bersatu padu mendapatkan bantuan serta peruntukan untuk membantu golongan yang memerlukan, katanya.

“Jika penduduk Tronoh ingin banyak lagi projek pembangunan dilaksanakan, mereka haruslah terus menyokong BN,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");