Jenayah

Redha jalani hukuman penjara

ALOR SETAR – Insan yang  bergelar ibu sememangnya sanggup melakukan apa sahaja biarpun terpaksa memenuhi tugas  sebagai suri rumah di dalam penjara Pokok Sena akibat menanggung kesalahan orang lain.

Begitulah yang dilalui seorang wanita dan juga nenek yang mahu dikenali dengan Hamidah, 56, yang terpaksa menjalani hukuman penjara setelah pihak berkuasa menemui dadah di dalam  rumahnya.

Menurutnya, biarpun perit untuk menjalani hukuman tinggal di tirai besi, namun sebagai manusia dia redha dengan apa yang berlaku.

“Sewaktu kejadian berlaku saya amat terkejut namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana dadah itu berada dalam rumah saya dan sebagai tuan rumah saya terpaksa melalui hukuman ini walaupun ia amat berat,” katanya kepada Sinar Harian.

Hamidah yang berasal dari Pulau Langkawi mempunyai empat anak dan dua cucu mengakui banyak pengetahuan termasuk ilmu agama yang diperoleh sepanjang menjalani hukuman di penjara.

Hamidah berkata, dia yang diberi peluang menyertai Sambutan Aidilfitri Banduan Bersama Keluarga yang diadakan di pekarangan Penjara Pokok Sena baru-baru ini bersyukur kerana keluarganya datang meraikannya bersama-sama.

Katanya, dia tetap bersyukur kerana anak-anaknya tidak pernah melupakannya dan sering menjenguknya sepanjang berada di dalam penjara yang sekurang-kurangnya mengubat rindu terhadap mereka.

“Anak saya sentiasa datang melawat saya dan dari situ saya mendapat kekuatan untuk  menempuh kehidupan di sini (Penjara Pokok Sena).

“Selain semangat dari anak-anak, ilmu agama yang saya dapat di sini menjadi peneman dan kekuatan untuk diri saya agar tidak berasa rendah diri atau kecewa,” katanya.

Hamidah yang sebelum ini menjalankan perniagaan makanan diberi peluang untuk menjalani latihan memasak selain terlibat dengan kemahiran lain yang dapat digunakan apabila dibebaskan nanti.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");