Berita Hari Ini

Saham Lynas melonjak selepas lesen dikeluarkan di Malaysia

Saham Lynas Corporation melonjak lebih daripada 50 peratus pada awal dagangan hari ini selepas syarikat nadir bumi itu memperoleh lesen sementara untuk kilang nadir buminya, berharga RM800 juta, di Kuantan.

Selepas penutupan sesi dagangan Rabu, syarikat itu berkata Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia meluluskan lesen operasi sementara (TOL) untuk kilangnya di Kuantan.

Pada 10.40 pagi (waktu Melbourne) hari ini, saham Lynas mencatat peningkatan 50 peratus pada A91 cents sebelum susut kepada A78 cents pada 11.10 pagi, lapor Associated Press Australia.
Kilang yang pembukaannya ditunggu-tunggu itu, dibantah oleh pencinta alam sekitar yang bimbang terhadap risiko radioaktif.

Kilang itu akan memproses nadir bumi dari lombong Lynas Mount Weld di Baray Australia.

China kini mengeluarkan kira-kira 95 peratus bahan nadir bumi, bahan yang penting untuk produk elektronik.

– BERNAMA
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");